Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /srv/users/microleap/apps/stg-smecorp/public/wp-content/plugins/qtranslate-X/qtranslate_frontend.php on line 497
FAQ - SME Corp
Selamat datang ke Pembiayaan Digital SmeCorp. Mengumpulkan dana sehingga RM 500,000.
Apakah konsep Syariah yang diterapkan microLEAP dalam Nota Pelaburan Islamik?

Nota Pelaburan Islamik oleh microLEAP berdasarkan konsep Komoditi Murabahah (melalui aturan Tawarruq). Tawarruq melibatkan pembelian aset atau komoditi secara pembayaran tertunda melalui Murabahah.

Apakah Konsep Komoditi Murabahah dan Tawarruq?

Walaupun ia digunakan secara bergantian pada masa kini, Tawarruq bermaksud ‘pengewangan’ dan Komoditi Murabahah merujuk kepada konsep ‘kos ditambah keuntungan menggunakan komoditi’.

Secara amnya, istilah Tawarruq biasanya digunakan di Timur Tengah dan Komoditi Murabaha pula lebih popular di Malaysia.

Tawarruq adalah aturan menyeluruh di mana beberapa kontrak berfungsi bersama-sama; Wakalah, Murabahah dan Musawamah untuk menyelesaikan aturan Tawarruq.

Perniagaan apa yang dianggap mematuhi Syariah atau tidak mematuhi?

Berikut disertakan beberapa aktiviti yang Tidak Patuh Syariah seperti dinyatakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia:

  1. Perbankan Konvensional
  2. Insurans Konvensional
  3. Perjudian
  4. Perniagaan Berkaitan Arak atau Minuman Beralkohol
  5. Perniagaan Berkaitan Khinzir
  6. Makanan dan Minuman Tidak Halal
  7. Perniagaan Berkaitan Tembakau
  8. Broker Saham atau Dagangan Saham dalam Sekuriti Tidak Patuh Syariah
  9. Aktiviti Hiburan Tidak Patuh Syariah
  10. Aktiviti yang Dianggap Tidak Patuh Menurut Syariah

Secara Amnya, segala aktiviti tidak berkaitan senarai diatas adalah Patuh Syariah.

Penasihat Syariah microLEAP akan memberi kata putus mengenai apa yang dianggap Shariah pada platform MicroLeAP.

Siapa yang boleh melabur di dalam Nota Pelaburan Islamik?

Sesiapa sahaja yang berdaftar sebagai Pelabur P2P di Platform microLEAP boleh melabur di Nota Pelaburan Islamik. Anda boleh cuba melabur, selagi anda ingin melabur di perniagaan dan industri yang beretika dan mengikut prinsip Syariah;