Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /srv/users/microleap/apps/stg-smecorp/public/wp-content/plugins/qtranslate-X/qtranslate_frontend.php on line 497
Liga Pelabur Luar Biasa - SME Corp
Selamat datang ke Pembiayaan Digital SmeCorp. Mengumpulkan dana sehingga RM 500,000.
Liga Pelabur Luar Biasa

Selamat datang ke Liga Pelabur Luar Biasa (“League of Extraordinary Investors”) oleh microLEAP!

Dengan melabur dalam mana-mana Nota Pelaburan (“Investment Notes”) kami, anda secara automatik menyertai Liga (“League”) kami. Raih mata untuk meningkatkan ranking anda dari Rookie, Apprentice, Champion dan seterusnya Sifu.

Hadiah wang tunai bulanan untuk dimenangi bagi 3 pelabur teratas bagi setiap bulan dan juga 3 hadiah utama bagi pemenang Hadiah Utama Tahunan yang akan diberikan pada akhir tahun.

Peraturan Pertandingan:

  1. Ini hanya terbuka kepada pelabur Individu, bukan pelabur Korporat
  2. Kakitangan MICROLEAP PLT tidak layak bertanding dalam Liga ini.
  3. Jika ada pemenang berkongsi kedudukan, ranking akan dikira berdasarkan Pelabur mana yang melabur terlebih dahulu (juga terpakai bagi Pemenang Tahunan). Contohnya; Jika 2 Pelabur terikat pada mata yang sama untuk tempat pertama, maka sesiapa yang melabur lebih awal untuk bulan tersebut/tahun akan ditabalkan sebagai Juara tempat pertama.
  4. Hadiah tunai adalah dalam bentuk kredit yang boleh digunakan untuk melabur di platform kami sahaja.

Sila lihat maklumat lanjut di bawah –

Kedudukan

Setiap mata yang diperoleh, akan membantu meningkatkan ranking anda dalam The League dari Rookie, Apprentice Champion, dan seterusnya Sifu. Semakin meningkat ranking anda, semakin cerah peluang anda untuk mendapat potongan bagi yuran pelabur anda.

Tier Ranking

Rookie (1 – 49 Mata)
Apprentice (50 – 299 Mata: RM10 untuk 50 yang pertama)
Champion (300 – 499 Mata: Potongan Yuran Pengaturan kepada 1.5%)
Sifu (500+ Mata: Potongan Yuran Pengaturan kepada 1%)

ROOKIE
1+
APPRENTICE
50+
CHAMPION
300+
SIFU
500+

Sistem Pengiraan Mata

Mata ganjaran diperoleh sebaik sahaja anda melabur kedalam Nota Pelaburan yang ada. Jika anda menarik semula pelaburan anda atau Penerbit/Peminjam (“Issuer”) gagal mendapatkan amaun minima untuk pembiayaan (80% dari Amaun yang dimohon) , dana anda akan dipulangkan dan mata ganjaran akan ditarik semula.

Mata ganjaran tidak akan terjejas jika berlaku penyelesaian sekaligus atau penstrukturan semula.

Mata ganjaran diperolehi berdasarkan insentif bagi tempoh, kepelbagaian dan jumlah pelaburan. Sila lihat di bawah bagaimana mata ganjaran diperuntukkan:–

Hadiah

Hadiah wang tunai bagi pemenang bulanan yang memperolehi mata ganjaran terbanyak untuk bulan tersebut. Hadiah wang tunai tunai juga ada bagi pemenang Hadiah Utama Tahunan bagi mereka yang telah memperolehi mata terbanyak untuk tahun tersebut.

  • Hadiah tunai dalam bentuk kredit microLEAP akan dikredit ke dalam akaun microLEAP anda. Ia boleh digunakan untuk dilaburkan dalam platform kami.
  • Hadiah tunai tidak boleh dikeluarkan serta-merta dan perlu dilaburkan terlebih dahulu;
  • Mata ganjaran tidak akan dilupuskan walaupun mata ganjaran ditetapkan semula pada setiap bulan & tahun kerana ianya dikehendaki untuk mengira ‘Ranking’ anda.

Sila lihat di bawah untuk maklumat lanjut mengenai hadiah tunai yang ditawarkan:-

Pemenang Bulanan

1
RM 100
Ke- 2
RM 50
Keti ga
RM 20

Pemenang Hadiah Besar Tahunan

1
RM 500
Ke- 2
RM 300
Keti ga
RM 100