Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /srv/users/microleap/apps/stg-smecorp/public/wp-content/plugins/qtranslate-X/qtranslate_frontend.php on line 497
FAQ - SME Corp
Selamat datang ke Pembiayaan Digital SmeCorp. Mengumpulkan dana sehingga RM 500,000.
Mengapakah Insurans Mikro dibekalkan kepada Penerbit?

Semua Penerbit/Peminjam (“Issuer”), sama ada pemohon atau tunggak utama alternatif yang dilantik oleh Penerbit, akan dibekalkan Insurans Kemalangan Peribadi untuk jumlah pinjaman yang masih tertunggak. Ianya dibekalkan microLEAP, melalui Rakan Kongsi Insurans kami tanpa sebarang kos tambahan kepada Penerbit.

Oleh itu, dalam kes kematian akibat kemalangan atau hilang upaya sepenuh/ separa, Rakan Kongsi Insurans kami akan menanggung jumlah pinjaman tertunggak dan microLEAP akan mengatur pembayaran kepada semua Pelabur P2P.

Ini memastikan Penerbit boleh memberi tumpuan kepada apa yang mereka lakukan dengan baik – Iaitu mengembangkan perniagaan mereka!

Siapakah yang membekalkan Insurans Mikro?

Perlindungan insurans mikro ini disediakan oleh Two Degrees Sdn Bhd, sebuah agensi insurans yang merupakan penaja jamin terbaik untuk menampung pembiayaan yang dijana di platform microLEAP.

Siapakah yang dilindungi?

Pemohon akan dilindungi secara automatik oleh Insurans Kemalngan Peribadi tanpa sebarang kos terhadap Penerbit. 

Jika, terdapat penambahan untuk dilindungi sila hubungi microLEAP. 

Penerbit juga boleh menambah lebih daripada satu (1) Tunggak penting kepada insurans, namun Penerbit perlu menanggung kos penambahan ini.

Berapakah kosnya?

Ianya Percuma!

Semua butiran yang kami perlukan telah wujud dalam borang permohonan Penerbit dan microLEAP akan menyediakan insurans mikro bagi jumlah pinjaman yang masih tertunggak yang dijana melalui platform microLEAP.

Ianya sangat mudah!

Penerbit juga boleh menambah lebih daripada satu (1) tunggak penting kepada insurans, namun Penerbit perlu menanggung kos penambahan ini. Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami sekiranya anda memerlukan lebih daripada satu (1) orang untuk diinsuranskan.

Apakah polisi Insurans Mikro?

Bagi semua polisi insurans sentiasa ada terma dan syarat dan pengecualian tertentu. Ini termasuk:

  • Orang yang diinsuranskan mestilah berumur antara 16 hingga 70 tahun
  • Perlindungan ini adalah untuk Kemalangan Peribadi sahaja, ianya bukan Insurans Nyawa
  • Pekerjaan yang merbahaya tidak akan dilindungi

Untuk maklumat terperinci pada Jadual Polisi, sila lihat pautan berikut:

Jadual Polisi microLeAP MicroLeap