Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /srv/users/microleap/apps/stg-smecorp/public/wp-content/plugins/qtranslate-X/qtranslate_frontend.php on line 497
microLEAP Islamic - SME Corp
Selamat datang ke Pembiayaan Digital SmeCorp. Mengumpulkan dana sehingga RM 500,000.
Pembiayaan Islamik microLEAP

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Dengan Malaysia menjadi peneraju global dalam Pasaran Modal Islam, Issuer di platform microLEAP mempunyai pilihan untuk mengumpul dana melalui Nota Pelaburan Islamik (“Islamic Notes”) untuk memanfaatkan pasaran pembiayaan P2P Islamik. Mana-mana Penerbit/Peminjam (“Issuer”) yang berminat mengumpul dana melalui Nota Pelaburan Islamik, perniagaan mereka mestilah selaras dengan keperluan Syariah.

Berdasarkan prinsip Komoditi Murabahah (melalui Aturan Tawarruq), kami mempunyai Penasihat Syariah yang akan memastikan bahawa dana yang dikumpulkan di platform kami beretika dan mematuhi syariat Islam. Penasihat Syariah kami juga akan memastikan bahawa kami mematuhi resolusi yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SACSC) dan peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).