Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /srv/users/microleap/apps/stg-smecorp/public/wp-content/plugins/qtranslate-X/qtranslate_frontend.php on line 497
Mengumpulkan Dana - SME Corp
Selamat datang ke Pembiayaan Digital SmeCorp. Mengumpulkan dana sehingga RM 500,000.
Mengapa mengumpul dana?

microLEAP bertujuan untuk menutup jurang yang diwujudkan oleh banyak bank tradisional dengan membenarkan Issuer mengumpul dana dengan menghoskan Nota Pelaburan mereka dimana Pelabur P2P (Peer-to-Peer) boleh melabur.

Sasaran pasaran kami adalah perniagaan kecil yang layak dari segi kredit tetapi sukar untuk meminjam jumlah wang yang kecil. Kami membuka peluang bagi perusahaan mikro untuk mengumpul dana dari serendah RM1,000 kepada maksimum RM50,000, dan kami memenuhi kehendak sektor pembiayaan mikro dan mana-mana perniagaan lain yang memerlukan jumlah pembiayaan yang kecil.

microLEAP memudahkan Issuer mengakses sumber dana alternatif – pasaran Pinjaman antara Rakan Setara (P2P). Malah, kami membenarkan Pelabur P2P mendahului bank dan institusi kewangan mikro dengan memberikan mereka keupayaan untuk terus melabur dalam perusahaan mikro.

Selagi anda memiliki perniagaan di Malaysia dan lulus aspek pematuhan dan pemeriksaan kredit, kami terbuka kepada anda.

Skala Kecil

Secara Lansung & Memberi Impak


Peminjam (“Issuer”), iaitu Perusahaan mikro (“Perusahaan Kecil”) berdaftar yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan, boleh mengumpul dana Islamik atau Konvensional dari serendah RM1,000 kepada maksimum sebanyak RM50,000 melalui pembiayaan P2P (Antara Rakan Setara). Kami memenuhi keperluan sektor pembiayaan mikro Malaysia, dari golongan B40 kepada kumpulan pendapatan M40 yang lebih rendah, serta mana-mana perniagaan lain yang memerlukan jumlah pembiayaan yang kecil.

* B40 (Kumpulan Pendapatan Bawah 40%) adalah mereka yang mempunyai Pendapatan Rumah Tangga Median sebanyak RM3,000 sebulan dan Pendapatan Rumah Tangga Mean iaitu sebanyak RM 2,848 sebulan (Jabatan Statistik Malaysia, 2017)

Memohon Untuk Menjadi

microLEAP "Issuer"


Semua permohonan dilakukan secara atas talian sama ada melalui PC, Laptop atau melalui telefon bimbit anda. Imbas atau ambil gambar dokumen anda untuk dimuatnaik di platform kami. Wang pembiayaan mesti digunakan untuk perniagaan yang sah, dan pembiayaan peribadi tidak dibenarkan oleh microLEAP.

Kami membantu anda

Mengumpul Dana


Dengan yuran permohonan hanya RM50, kami akan hoskan perniagaan anda supaya Pelabur P2P kami boleh membuat keputusan yang tepat sebelum melabur dalam perniagaan anda. Nota Pelaburan dengan tempoh masa 6 hingga ke 36 bulan (3Tahun) akan dihoskan di ‘Funding List” dan sedia untuk dibiayai oleh Pelabur.

Bulanan yang Mudah

Pembayaran


Pembayaran Prinsipal dan kadar faedah dilakukan secara bulanan dan jumlah sebenar ditetapkan ke atas tempoh pinjaman supaya anda mengetahui dengan tepat berapa banyak yang anda perlu belanjakan ke dalam aliran tunai anda.

Tambahan lagi, kami menyediakan insurans mikro melalui Rakan Insurans kami supaya dana tertunggak dilindungi sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya separa terhadap tunggak utama perniagaan (Insurans Kemalangan Diri).

Kesannya, anda dapat melabur dengan tenang tanpa runsing- Jom kembangkan perniagaan anda!